Tuesday 12 July 2011

PENDAFTARAN PATI BERMULA 1 OGOS 2011

Sudah dimaklumkan dalam buletin tv3 tadi bahawa pendaftaran pati yang tiada permit bermula 1 ogos ini, manakala pendaftaran pekerja asing yang ada permit bermula 13 julai (esok) hingga 30 julai 2011.

Syarikat kami telah menerima mesin thumbprint & sistem biometrik. 

Kepada majikan2 & pekerja asing yang ingin buat pendaftaran ini, sila hubungi kami segera 010-2532975

Sekian.

Saturday 2 July 2011

PROSES KERJA PENDAFTARAN PATI


 Kategori PATI Dibenarkan Berdaftar

  • Tiada dokumen / pas / permit
  • Tinggal lebih masa
  • Cop / pelekat palsu
  • Melanggar syarat pas atau permit
  • Tanggungan PATI bertaraf bukan warganegara juga perlu didaftarkan
  • Pelarian yang memegang kad UNHCR
Proses Kerja
  1. PATI mengisi borang pendaftaran untuk memudahkan kemasukan data
  2. Petugas memasukkan data maklumat PATI, majikan, mengambil biometrik dan gambar PATI
  3. Petugas mencetak slip pendaftaran PATI beserta nexcode
  4. Muatnaik / hantar data maklumat pendaftaran PATI kepada pelayan utama (main server) NERS 
NEGARA SUMBER DAN SEKTOR BAGI PROGRAM PEMUTIHAN PATI
  1. Thailand
  2. Kemboja
  3. Nepal
  4. Myanmar
  5. Laos
  6. Vietnam
  7. Filipina (Lelaki)
  8. Pakistan
  9. Sri Lanka
  10. Turksmenistan
  11. Uzbekistan
  12. Kazakhtan
  13. India
  14. Indonesia
  15. Bangladesh
SEKTOR YANG DIBENARKAN BEKERJA
  1. Perkilangan
  2. Perladangan
  3. Pertanian
  4. Perkhidmatan
  5. Pembinaan

PROGRAM 6P KEMENTERIAN DALAM NEGERI


 PUSAT PENDAFTARAN PATI (WARGA ASING)

REGISTRATION CENTRE FOR ILLEGAL (NONCITIZEN)

BERMULA / START 1-8-2011

TEL NO : 010-2532975

SOALAN-SOALAN LAZIM PROGRAM 6P


1. APAKAH PROGRAM 6P?
Program 6P adalah singkatan bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ia adalah satu pakej program yang menggabungkan beberapa syor yang dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA) sebagai pendekatan terkini oleh Kerajaan untuk memantapkan pengurusan warga asing di Malaysia.
2. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN 6P?
Angka enam (6) pada nama Program 6P itu membawa maksud kepada enam peringkat pelaksanaan yang akan digerakkan sepanjang tempoh program ini, bermula dengan PENDAFTARAN, PEMUTIHAN, PENGAMPUNAN, PEMANTAUAN, PENGUATKUASAAN dan PENGUSIRAN.
3. APA YANG AKAN DILAKUKAN KERAJAAN PADA SETIAP PERINGKAT TERSEBUT?
Secara asasnya, berikut adalah proses yang akan berlaku pada setiap peringkat:
PERINGKAT 1: PENDAFTARAN
Pada peringkat ini, proses pendaftaran akan dilaksanakan untuk tujuan mendaftarkan pebdatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia, dan menerusi kaedah ini, Kerajaan berpeluang mendapatkan maklumat majikan PATI, selain rekod peribadi serta data biometrik PATI yang merupakan elemen teras bagi rasional pelaksanaan program ini. Tindakan ini selari dengan inisiatif Kerajaan untuk mewujudkan pangkalan data komprehensif bagi setiap warga asing di Malaysia, sekali gus membolehkan proses pemantauan dilaksanakan secara lebih berkesan, termasuklah usaha membabitkan penyelesaian dalam menangani isu pemalsuan identiti serta dokumen yang selama ini mudah dipalsukan akibat tiada rekod biometrik.
PERINGKAT 2: PEMUTIHAN
Pada peringkat ini, setiap PATI yang telah berdaftar menerusi program ini akan dikenal pasti jika wujud keperluan untuk mengekalkan mereka dalam sektor tertentu yang mempunyai penawaran kekosongan kerja membabitkan pekerja asing. Jika hasil pertimbangan mendapati PATI yang terbabit sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut, maka mereka akan diputihkan dan seterusnya dijadikan pekerja asing yang sah dengan senarai majikan yang berdaftar. Bagaimanapun, proses pemutihan ini hanya akan dipertimbangkan untuk sektor serta negara sumber yang tersenarai dalam dasar penggajian pekerja asing dan yang pernah diberikan kebenaran khas kerajaan termasuk sub-sektor yang sedang dibekukan. Pada masa yang sama, proses pemutihan ini juga akan mengambil kira kelayakan majikan berdasarkan keperluan semasa mengikut sektor dan sub-sektor yang akan ditentukan oleh kementerian/agensi kawal selia.
PERINGKAT 3: PENGAMPUNAN
Pada peringkat ini PATI yang tidak tersenarai untuk diputihkan, atau PATI yang secara sukarela memilih untuk pulang ke negara asal mereka masing-masing akan diampun dan dibenarkan pulang atas kos sendiri tanpa dikenakan sebarang bentuk tindakan. Bagaimanapun, pengampunan ini hanya terhad kepada PATI yang melakukan kesalahan imigresen sahaja.
PERINGKAT 4: PEMANTAUAN
Pada peringkat ini, naziran ke premis-premis majikan seluruh negara akan dilakukan untuk memberi nasihat kepada majikan, selain pada masa sama menerangkan implikasi tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melindungi pekerja berstatus PATI yang tidak berdaftar dengan Program 6P. Antara lain, majikan serta PATI yang berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63 yang boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM1 juta.
PERINGKAT 5: PENGUATKUASAAN
Pada peringkat ini, operasi penguatkuasaan bersepadu akan dilaksanakan secara besar-besaran dan digerakkan dengan tujuan untuk mengesan serta menangkap PATI serta majikan yang dikenal pasti masih melakukan kesalahan imigresen.
PERINGKAT 6: PENGUSIRAN
Di peringkat terakhir ini, PATI yang telah ditangkap melalui operasi penguatkuasaan bersepadu akan dikenakan tindakan undang-undang sebelum diusir keluar dari Negara ini. Oleh kerana kos bagi proses pengusiran ini ditanggung menggunakan peruntukan Kerajaan, maka setiap PATI yang diusir akan turut sama disenaraihitamkan daripada kebenaran untuk masuk semula ke negara ini.
4. APAKAH RASIONAL KERAJAAN MELAKSANAKAN PROGRAM 6P?
Program 6P dilaksanakan atas dua rasional seperti berikut:
I. RASIONAL KESELAMATAN
a. Bertujuan mendapatkan data serta biometrik pendatang asing tanpa izin di Negara ini, sekali gus juga mendapatkan statistik jumlah mereka di Malaysia;
b. Bertujuan memantapkan pengurusan warga asing di negara ini, termasuklah kawalan keluar masuk yang sekali gus juga membolehkan lokasi penempatan mereka dikenal pasti;
c. Bertujuan membuang persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan yang cenderung disalah anggap sebagai tidak bertindak tegas terhadap PATI;
d. Bertujuan membolehkan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang dilakukan secara besar-besaran untuk tujuan mengurangkan bilangan PATI di Negara ini. Tindakan ini sekali gus juga bertujuan mengekang perkembangan jenayah yang membabitkan PATI.
II. RASIONAL INDUSTRI
a. Bertujuan menangani masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor tertentu dengan menukar status tidak sah pekerja asing tanpa izin di Negara ini bagi diagih dan ditempatkan bekerja dengan senarai majikan yang berdaftar;
5. BILA PROGRAM 6P INI AKAN DILAKSANAKAN?
Menerusi keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) pada 22 Jun 2011, program ini diputuskan untuk mula berkuatkuasa melalui pelaksanaan peringkat pertama iaitu PENDAFTARAN bermula 11 Julai 2011 dan akan berterusan selama dua minggu sehingga 24 Julai 2011.
6. BAGAIMANA DENGAN TEMPOH BAGI LIMA PERINGKAT “P” YANG LAIN?
Sebaik selesai peringkat PENDAFTARAN, program ini akan masuk ke peringkat kedua iaitu PEMUTIHAN dan PENGAMPUNAN yang mengambil tempoh tiga (3) bulan, sebelum disusuli PEMANTAUAN (seminggu); dan seterusnya PENGUATKUASAAN serta PENGUSIRAN yang akan digerakkan menerusi operasi secara berterusan.
7. SIAPAKAH YANG PERLU MENDAFTAR BAGI PROGRAM 6P INI?
Berikut adalah empat kategori warga asing yang perlu mendaftar/didaftarkan:
i. Semua warga asing yang telah masuk ke Malaysia tanpa izin dan kini tinggal serta bekerja di Negara ini secara tidak sah;
ii. Semua warga asing yang masih tinggal di Malaysia selepas pas atau permit kerjanya tamat tempoh atau dibatalkan;
iii. Semua warga asing yang telah menyalahgunakan permit masuk, pas atau dokumen perjalanan yang dipinda atau dipalsukan;
iv. Semua warga asing yang melanggar syarat pas atau permit seperti yang ditetapkan undang-undang Malaysia.
8. ADAKAH TANGGUNGAN PATI JUGA PERLU DIDAFTARKAN?
Jika tanggungan PATI bertaraf bukan warganegara, maka mereka juga perlu didaftarkan. Bagaimanapun, untuk proses selanjutnya, mereka perlu pulang dahulu ke negara asal bersama ibu atau ayah masing-masing sebelum masuk semula ke negara ini menggunakan Pas Lawatan Sosial untuk tujuan melawat bagi tempoh dibenarkan.
9. BAGAIMANA PULA DENGAN PELARIAN YANG MEMEGANG KAD UNHCR? ADAKAH MEREKA INI JUGA PERLU MENDAFTAR?
Ya. Mereka juga tertakluk kepada keperluan untuk mendaftar di bawah program 6P.
10. BAGAIMANA PULA DENGAN PEKERJA ASING YANG MEMPUNYAI DOKUMEN ATAU PERMIT KERJA SAH TETAPI TEMPOH KEBENARANNYA HANYA BERBAKI SATU TAHUN TERAKHIR. ADAKAH MEREKA JUGA PERLU MENDAFTAR?
Tidak perlu. Pendaftaran untuk program ini hanya dihadkan kepada pekerja / pendatang asing tanpa izin sahaja.
11. APAKAH ADA BAYARAN UNTUK PROSES PENDAFTARAN?
Tiada – jika pendaftaran dibuat di pejabat Imigresen.
Ya – caj perkhidmatan akan dikenakan jika pendaftaran dibuat dengan syarikat pengurus. Senarai bayaran akan dimaklumkan kelak.
12. APAKAH MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN KETIKA PENDAFTARAN?
Berikut adalah senarai maklumat yang akan diambil ketika proses pendaftaran:
i. Nama;
ii. Gambar;
iii. Cap 10 jari tangan kanan dan kiri;
iv. Nombor passport/dokumen perjalanan;
v. Waeganegara;
vi. Jantina;
vii. Tarikh lahir;
viii. Maklumat majikan (nama, no. kad pengenalan, nombor telefon, alamat, e-mel, dan sektor pekerjaan);
ix. Pengesahan kebenaran maklumat oleh majikan; dan
x. Tujuan mendaftar – sama ada untuk bekerja (diputihkan), untuk pulang ke negara asal (diampun dan tidak dikenakan tindakan/hukuman); atau lain-lain tujuan.
13. SIAPAKAH YANG AKAN MENGURUSKAN URUSAN PENDAFTARAN 6P INI?
Selain pihak Imigresen, Kerajaan turut melantik sekumpulan SYARIKAT PENGURUS untuk membantu urusan pendaftaran PATI sepanjang tempoh pelaksanaan program ini. Tawaran untuk permohonan telah dibuka kepada umum menerusi iklan khas pada 7 hingga 10 Jun lalu dan sehingga ditutup, sejumlah 1,350 permohonan diterima. Keputusan pemilihan akan diputuskan satu jawatankuasa khas yang diangotai 17 wakil daripada pelbagai bahagian seperti senarai berikut:
i. Kementerian Dalam Negeri (KDN);
ii. Jabatan Imigresen;
iii. Kementerian Sumber Manusia (KSM);
iv. Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia;
v. Polis Di Raja Malaysia (PDRM); dan
vi. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
14. DI MANAKAH LOKASI PENDAFTARAN AKAN DIBUAT?
Pusat pendaftaran akan dibuka di setiap daerah di Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun, untuk memudahkan PATI serta majikan, mereka disaran untuk menghubungi BILIK GERAKAN KDN, 03-8886 8110/8112 atau talian hotline Bahagian Hal Ehwal Imigresen KDN 1-800-22-9696 bagi merujuk lokasi terdekat dengan premis mereka masing-masing.
15. APAKAH ADA LAMAN SESAWANG (WEBSITE) YANG BOELH DILAYARI UNTUK MAKLUMAT BERHUBUNG PERKARA INI?
Maklumat berkaitan Program 6P boleh dilayari menerusi laman sesawang KDN di alamat www.moha.gov.my. Antara maklumat yang boleh disemak ialah senarai SYARIKAT PENGURUS serta lokasinya masing-masing.